Pages


Tuesday, 26 April 2011

Bicara aku pada diri

Entah,sejak akhir-akhir ini aku merasa seolah kosong.Bukan sunyi,cuma terasa seperti apa yang aku lakukan tidak meninggalkan kesan dalam hati.Di tempat kerja,aku lebih suka menghabiskan masa di meja sendiri mendengar lagu dan skype sambil menunggu kerja yang harus aku lakukan dari Puan Farah(Pegawai yang supporting habis) -_-

Aku tak lagi merasa sakit seperti sebelum ini,mungkin ada dia yang satu ketika dulu amat aku sayangi.Ya,dulu aku pernah tinggal dia hanya semata kerana seseorang yang kini hanya tinggal kenangan dalam hidup aku.Kerana kerap dia abaikan rasa ini,aku nekad meninggalkan dia.Kerana kerap kali bergaduh aku mula tawar hati.Aku berpaling arah,panas yang aku sangka berpanjangan rupanya hujan ditengah hari.Aku pula ditinggalkan.

Sejak itu mana aku pergi,aku hanya melihat kenangan itu.Kenangan yang terus hidup dalam hati aku.Egokah aku?Masih terngiang ditelinga,salah seorang kenalan pernah memarahi aku,katanya...

"Bukakan pintu hati tu,kalau tak buka memang la tak boleh terima".

Aku hanya tersengih,sedar akan kebenaran kata-katanya.Aku kenal lelaki itu,aku kenal lelaki ini.Tapi tetap tidak merasa apa,aku lihat mereka dengan pandangan kosong.Aku sedar aku telah menhancurkan harapan seseorang,tapi apakan daya secebis perasaan tidak ada untuknya.Kadang aku pekakkan saja telinga setiap kali aku dileteri sepupu.Lelaki itu baik,nak lelaki macam mana lagi?Memilih..blaa..blaa...hahahahaha..aku hanya mendengar dan terus mendengar,sehingga ke hari ini.Ya,aku sedar cara aku itu melukakan hati orang yang ikhlas sayangkan aku.Tapi apakan daya,aku tak boleh menipu diri sendiri.Setidak-tidaknya aku masih mampu meneruskan hidup walaupun kadangkala kenangan itu datang menghimpit diri.Saat ini aku teringatkan Entry Fida

Tidak akan rugi sekiranya kita mengakui itu juga adalah dari kesan silap kita. Kerana nama pun manusia, belajar dari kesilapan itu dan bernafas semua dengan kekuatan baru tidak akan sedikit pun menggugat maruah kita sebagai seorang manusia.

Kata orang, kasih itu bila ia tiada, rindu itu bila melihat redup suria dan cinta yang kecundang itu bagaikan luka yang besar didalam dada. Benarkan akannya. Benarkan akan tangisan itu menyapa jiwa.

Kerana suatu hari nanti, apabila semua ini berakhir dengan sendiri- kita akan mengenang ia sebagai sebahagian dari sebuah manisnya kehidupan. Kerana itulah dewasa kita, itulah kekuatan yang hadir buat kita dan itulah juga sabar yang Allah duga buat kita.

Kehilangan sesuatu yang amat kita sayang kerana kematian, putus kasih, di lupakan, kecurangan dan ditinggalkan sememangnya tidak pernah mengukir senyum dihati seorang insan. Tapi, demi untuk kekuatan diri, kita perlu untuk menjadi keras hati dan meletakkan mulia pada diri sendiri.

Dalam diam,aku terus memujuk diri.Mencari kekuatan dan terus membaja semangat demi masa depan.Satu hari nanti bila aku mampu,kenangan itu akan aku lepaskan perlahan-lahan.Mungkin bila aku mula jatuh cinta sekali lagi.Loxl.... -_-

Sunday, 17 April 2011

Empty

aku lebih rela kekal begini..aku lebih rela matikan hati dari aku kecewa lagi.