Pages


Monday, 4 July 2011

TAKZIAH BUAT AWAK DAN KELUARGA

AHAD-3 Julai 2011 (11.46 mlm)

Hati aku kuat mengingati dia,ya...tak dinafikan aku rindukan dia.Malam ini tidak seperti selalu,terlalu sukar untuk aku lelapkan mata.Aku pasang radio,SURIA FM....LAGU DISAAT AKU MENCINTAIMU,habis lagu tu aku cari chanel lain.IKIM FM,kebetulan stesen radio tu pdengarkan ayat-ayat suci AL-QURAN.Serius aku memang jahil tentang agama,aku dengar sambil menghayati maksudnya sekali.Ada berapa ayat yang membuatkan aku menitiskan airmata.Aku teringat tentang mati,bekalan yang perlu aku bawa bersama kelak..ya Allah,aku terasa lain saat itu.

Sedar-sedar..pukul 1.49 pagi.Aku capai handphone,tentera no dia...aku yg separuh sedar ni...juga separuh gembira,terpisat-pisat mata aku buka mesej.Rupa-rupanya dia dalam keadaan duka.Ayahanda tercinta telah pergi menghadap ilahi...sekalung Al-Fatihah aku doakan buat ayahnya.Semoga Awak tabah disana...insyaAllah...

Tuesday, 31 May 2011

Persimpangan delima yang aku sendiri cari

Dua minggu lepas aku pergi interview kt MITI(Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri),tujuan sebab tak nak pergi Putrajaya.Bulan 7 nanti Kementerian Pelancongan akan berpindah ke Putrajaya,so bila fikir pasal tempat tinggal dan pengangkutan aku kat Putrajaya tu,aku fikir nak cari keje lain,kebetulan MITI keluar iklan temuduga terbuka so aku decive tuk pergi inteview tu.Coz kat jalan duta je,aku tak fikir macam mana aku nak pergi keje kat sana nanti.Now bila MITI call bagitau yang aku dapat keje kat sana.Aku dah serabut tahap cipan,tak ke bangang diri sendiri?hahaha...aku ingat kalau aku kat sana aku boleh kenal orang baru,cari kawan baru..tapi entah aku rasa aku tak boleh,rasa macam jiwa aku tak ada nak keja kat sana...ehh..silap ruangan lak..ni dah macam jiwang tahap ngok ngek nguk.Tapi kalau aku pegi Putrajaya,aku kena fikir pasal tempat tinggal smua,tawakal jela...hadoii...so keputusan sekarang aku pun tak tau huhu...Aku taku aku rindu kawan-kawan kat sini,dan kenangan kat sini.Hmmmm...







paling penting takut rindu tempat aku yang buruk ni hehehe

Tuesday, 26 April 2011

Bicara aku pada diri

Entah,sejak akhir-akhir ini aku merasa seolah kosong.Bukan sunyi,cuma terasa seperti apa yang aku lakukan tidak meninggalkan kesan dalam hati.Di tempat kerja,aku lebih suka menghabiskan masa di meja sendiri mendengar lagu dan skype sambil menunggu kerja yang harus aku lakukan dari Puan Farah(Pegawai yang supporting habis) -_-

Aku tak lagi merasa sakit seperti sebelum ini,mungkin ada dia yang satu ketika dulu amat aku sayangi.Ya,dulu aku pernah tinggal dia hanya semata kerana seseorang yang kini hanya tinggal kenangan dalam hidup aku.Kerana kerap dia abaikan rasa ini,aku nekad meninggalkan dia.Kerana kerap kali bergaduh aku mula tawar hati.Aku berpaling arah,panas yang aku sangka berpanjangan rupanya hujan ditengah hari.Aku pula ditinggalkan.

Sejak itu mana aku pergi,aku hanya melihat kenangan itu.Kenangan yang terus hidup dalam hati aku.Egokah aku?Masih terngiang ditelinga,salah seorang kenalan pernah memarahi aku,katanya...

"Bukakan pintu hati tu,kalau tak buka memang la tak boleh terima".

Aku hanya tersengih,sedar akan kebenaran kata-katanya.Aku kenal lelaki itu,aku kenal lelaki ini.Tapi tetap tidak merasa apa,aku lihat mereka dengan pandangan kosong.Aku sedar aku telah menhancurkan harapan seseorang,tapi apakan daya secebis perasaan tidak ada untuknya.Kadang aku pekakkan saja telinga setiap kali aku dileteri sepupu.Lelaki itu baik,nak lelaki macam mana lagi?Memilih..blaa..blaa...hahahahaha..aku hanya mendengar dan terus mendengar,sehingga ke hari ini.Ya,aku sedar cara aku itu melukakan hati orang yang ikhlas sayangkan aku.Tapi apakan daya,aku tak boleh menipu diri sendiri.Setidak-tidaknya aku masih mampu meneruskan hidup walaupun kadangkala kenangan itu datang menghimpit diri.Saat ini aku teringatkan Entry Fida

Tidak akan rugi sekiranya kita mengakui itu juga adalah dari kesan silap kita. Kerana nama pun manusia, belajar dari kesilapan itu dan bernafas semua dengan kekuatan baru tidak akan sedikit pun menggugat maruah kita sebagai seorang manusia.

Kata orang, kasih itu bila ia tiada, rindu itu bila melihat redup suria dan cinta yang kecundang itu bagaikan luka yang besar didalam dada. Benarkan akannya. Benarkan akan tangisan itu menyapa jiwa.

Kerana suatu hari nanti, apabila semua ini berakhir dengan sendiri- kita akan mengenang ia sebagai sebahagian dari sebuah manisnya kehidupan. Kerana itulah dewasa kita, itulah kekuatan yang hadir buat kita dan itulah juga sabar yang Allah duga buat kita.

Kehilangan sesuatu yang amat kita sayang kerana kematian, putus kasih, di lupakan, kecurangan dan ditinggalkan sememangnya tidak pernah mengukir senyum dihati seorang insan. Tapi, demi untuk kekuatan diri, kita perlu untuk menjadi keras hati dan meletakkan mulia pada diri sendiri.

Dalam diam,aku terus memujuk diri.Mencari kekuatan dan terus membaja semangat demi masa depan.Satu hari nanti bila aku mampu,kenangan itu akan aku lepaskan perlahan-lahan.Mungkin bila aku mula jatuh cinta sekali lagi.Loxl.... -_-

Sunday, 17 April 2011

Empty

aku lebih rela kekal begini..aku lebih rela matikan hati dari aku kecewa lagi.

Wednesday, 30 March 2011

aku mahu pulang

Aku ketawa sepanjang minggu ini seperti semua masalah tidak pernah hadir dalam hidup aku.Tapi bila malam menjelma,aku terasa sunyi yang mencengkam diri menemani kesejukan malam.Di bawah selimut aku berbicara sendiri,waktu itu segala rasa bercampur menjadi satu.Aku jadi ingat lagi kenangan itu,sakit...Telah puas aku mencuba,aku jalani kehidupan seperti biasa tapi hakikatnya bila aku seorang diri kenangan itu datang menerpa.Apalah sangat dengan kenangan yang hanya seketika itu.Tapi hati aku tetap kuat mengingatinya terus.Seolah hati aku tertutup dan membeku selamanya.Sekarang aku mahu pulang menjadi diri aku,aku mahu mencari kegembiraan.Aku mahu genggam kejayaan,biarlah...aku tidak perlukan teman untuk menjadi peniup semangat,aku tidak perlu kekasih hati untuk menjadi tulang belakang,cukup aku punya ALLAH dan keluarga disisi.Walaupun dikota besar ini aku seorang diri tanpa keluarga tapi aku yakin semua itu membuatkan aku cekal..insyaAllah....chaiyok araaaa...chaiyok...=)

Monday, 21 March 2011

Teman





21 Mac

Petang itu cuaca agak mendung.Aku ada janji untuk bertemu seseorang.Mulanya aku agak keberatan bila memikirkan masa agak terhad.Banyak kali aku menolak setiap kali dia mengajak,tapi kali ini aku tak punya alasan lagi.Dia seperti terasa.Aku sudah tiada pilihan,aku menghitung detik meredah suasana petang.

Malam tadi aku teringatkan dia,seperti ada sesuatu.Pagi itu aku menerima 2 missed call.Dari dia yang bernama TEMAN.Dalam ramai,dia masih kekal sebagai teman.Keadaan sekeliling aku banyak yang telah berubah.Tapi persahabatan ini tetap terjalin cuma tidak seakrab dulu.Dulu aku ini menjadi tempat luahan dia,dia menjadi tempat aku menahan airmata.Ahh..aku rindu saat dulu,ya..dia pernah menjadi seseorang yang cukup istimewa dalam hati aku.Kali pertama kami couple hanya bertahan 3hari,atas sebab tertentu aku memutuskannya walau hakikat aku masih kuat sayangkan dia.Tapi untuk kali kedua kami bersama lagi,dan aku juga yang memutuskannya.Waktu itu hati aku telah jauh untuknya.Cuma kadang kala aku amat perlukan dia disisi.Kini dia sudah berteman,tapi aku masih terus mencari dan mencari.

Petang itu,tepat pukul 5.20 petang aku sampai disana.Aku duduk dihujung tangga,aku menanti dia sambil memerhati orang yang lalu lalang.Jam menunjukkan hampir keangka 6 petang.Sambil tangan ligat membalas mesej dari dia padahal bukannya tidak boleh berbual sebentar nanti.Satu je perangai dia yang kadang buat aku tergelak..mengada-ngada.Aku terima panggilan dari dia

"U kat mana?I dah sampai ni." Aku dengar suara dia gelak di hujung talian.

"I ade je kat sini,mane u tak nampak pun.Cakap kat belakang I." Dia gelak lagi.Dari jauh aku nampak kelibat dia sedang ketawa.Aku matikan panggilan,untuk sesaat mata kami bertembung.Dia berubah wajah menjadi serius seperti tergamam,hilang bersama gelak tawanya.Dan aku juga terpaku melihat senyuman dia.Entah terasa seperi sesuatu yang aneh.Aku tunggu dia datang menghampiri aku,untuk sekilas aku bangun dari tangga.Berbual kosong seketika sambil kaki mengatur langkah menuju ke arah gerai makan.

Hilang gemuruh dan debar aku tadi dengan digantikan dengan sikap mendiamkan diri.Lebih senang memerhatikan dia makan sambil aku hanya memesan segelas limau ais.Cukup untuk membasahkan tekak,sekali sekala aku termenung terlalu asyik memerhatikan orang ramai.Dia ketawa lagi

"Dah sampai mana?Sampai Kedah ea?"

"Kenapa mesti Kedah?Kenapa tak Perlis?". Jawab aku geram.Dia hanya tersengih.

Selesai makan,kami jalan-jalan sekitar Jalan TAR.Sambil berbual kosong.Dia tetap TEMAN yang aku kenal dulu.Ya dalam banyak-banyak teman lelaki dia yang paling hampir dengan aku.Dia paling mengambil berat pasal aku.Tapi masa tak dapat diputarkan seperti dulu,dia dan aku punya haluan masing-masing.Cuma aku tetap akan kotakan janji aku pada dia yang belum aku tunaikan.Thanks untuk persahabatan ini.

Sunday, 13 March 2011

ISNIN YANG MEMBOSANKAN..

Sori ye kakak-kakak ku sayang..hehe,arini saya bosan sangat.

Ni la jadinya bila aku tak ada keje nak buat kat ofis,nak kacau orang..habis kacau dah..So time-time macam ni memang best tangkap gambar orang yang bajet busy hehehe,padahal tempat macam tongkang pecah..tak nak lak kemas..

p/s :gambar wani tak dapat dipost,awal-awal lagi dah kantoi...=_=



Friday, 11 March 2011

Karangkraf at Shah Alam

Selasa 8/2/2011

Hari yang ditunggu telah tiba =),rasa macam nak nangis pun ada juga.Sebab apa?Biar aku sendiri jelah yang tahu.Sebelum nak pergi sana macam-macam masalah yang datang.Aku sampai dah give up,tapi aku tak tunjuk.Entah kenapa aku nak pergi sangat padahal tak pergi pun tak apa.Nasib baik ada Ana Raffali,eh Ana senget..hehe..dari rumah aku minta tolong membe hantar sampai kat warta lama,sampai sana aku naik teksi sampai Bandar Tun Razak.Ohh jem teruk!Dalam hati aku menjerit habis gaji aku bulan ni!What should i do?Entah kenapa aku diduga sebegini rupa,hidup sorang diri dibandar besar...im so sad....

Bila dah sampai Bandar Tun Razak,breakfast dengan Ana before gerak pergi Shah Alam.Sampai je dekat Karangkraf,aku rasa macam nak patah balik.Semua talented,cantik-cantik..kalau aku lelaki,aku jatuh cinta dah kat salah seorang dari yang datang tu hahaha..dah la yang shoot gambar kitorang tu lelaki,handsome u =)
Gementar,gugup,gagap..eh gagap tak....tak sampai satu jam selesai semua.Dapat atau tau,belakang kira.Yang penting semua ini pengalaman dalam hidup aku.If yang terpilih tu tahniah n good luck ya..=)

Avilion Admiral Cove,Port Dickson.

Dah lapuk dah kalau nak cerita,tapi aku tetap nak post kat blog ni..suka hati la..blog aku hehe.Dulu aku ada blog tapi blog tu dah aku tinggal jauh..dah aku buang bersama segala rasa yang hanya aku saja tahu.Apa yang aku tahu,sekarang aku nak mewarnai hidup aku dengan seribu satu keceriaan =).Insya ALLAH...

4-6 March 2011
Avilion Admiral Cove

Mula-mula,rasa malas sangat nak pergi sana.Yela,nak bincang pasal SKT dengan fail meja je..bosann..tengah hari tu sebelum bertolak pergi sana aku terima satu panggilan,dari wartawan majalah DARA..ohhh im shocked ok..=),diorang call inform pasal testshoot,aku lak macam orang gila tiba-tiba sengih sorang..terlalu seronok aku cerita kat membe ofis,padahal testshoot ok..bukan photoshoot..hahaha

So,bila kat Port Dickson,aku tak boleh fokus apa yang diorang bincangkan..ishhh,ishh..teruk sungguh.Nasib baik cantik tempatnya,jatuh cinta dengan suasana kat sana ok =).Susun atur perabut berkonsepkan moden..cantik sangat, n ni jela gambar yang aku boleh share..malas nak beriya-iya.